Perutusan empunya blog

Penulis adalah pelajar tahun akhir dalam bidang komputer system and networking di Kolej Polytechmara Batu Pahat.Suka dimarah dan membuat orang marah.Segala cadangan membina mahupon menurun amat digalakkan





Disney Quote

In learning you will teach and in teaching you will learn. –Tarzan

Mereka Mereka Yang Kacak Dan Cun

Keajaiban matematik dan islam

Friday, March 18, 2011

Hari ini macam serba x kene je buat aku..apa yang aku cube nk buat semua x jadik..setelah puas dipikir aku dapat simpulkan mungkin aku sedang diuji..setiap orang islam yang dikasihi Allah mesti akan diujiNya..klu x diuji x tau sejauh mane kesabaran yang pada diri seseorang tu..mungkin aku perlu lebih mendekatkan diri padaNya..
klu x,da lame aku hentak kepala aku kt dinding..hehe


Untuk mengurangkan keboringan aku,aku pon buat la aktiviti yg slalu aku buat time xde keje,bace paper..tetiba aku terperasan stu artikel yang agak menarik iaitu 28 dan 6 adalah angka sempurna..Untuk kepastian,aku pon tanya pakcik googlekenapa angka tu diannka sempurna..Dan hasilnya ialah aku jumpa nie..
so aku share la ape yg aku bace td  tu kt korang.......


Salah-satu fakta matematik yang menarik dari buku TMWLON ini ialah 'sejarah nombor-nombor' seperti nombor sempurna (perfect number), nombor tunggal dan sebagainya.


Nombor 6 adalah nombor sempurna yang pertama. Syaratnya, ia boleh dibahagikan sempurna dengan nombor-nombor 1, 2 dan 3 (6 bahagi 1= 6, 6 bahagi 2 = 3 dan 6 bahagi 3 = 2) tanpa berbaki, dan nombor 6 juga adalah hasil tambah bagi nombor-nombor 1, 2 dan 3! (1+2+3=6).

Manakala nombor 28 adalah nombor sempurna yang kedua. Ia boleh dibahagikan sempurna dengan nombor-nombor 1, 2, 4, 7 dan 14; dan apabila ditambahkan semua nombor tersebut (1+2+4+7+14=28) hasilnya kembali kepada nombor 28.

Menurut buku ini, orang Kristian juga percaya bahawa dunia ini dibina oleh Tuhan dalam masa 6 hari, dan bulan mengelilingi bumi dalam masa 28 hari.

Menurut St. Augustine: Six is a number perfect in itself, and not because God created all things in six days; rather that the inverse is true; God created all things in six days because this number is perfect. And it would remain perfect even if the work of the six days did not exist!

Yang pasti; dalam Al-Quran (Surah Hud; ayat 7):

"Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang "`ArasyNya" berada di atas air. (Ia menjadikan semuanya itu) untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati", tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)".
   

Surah al-Hadid; ayat 4:
  
"Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arash. Dia (Allah) mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya, dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia (Allah) beserta kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah terhadap apa yang kamu kerjakan adalah al-Basir (Maha Melihat)."


Semoga kita mendapt manfaat darinya.. 

0 comments:

Post a Comment